• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 November 2024 | 10:27 AM

Mangsa Bot Karam di Sungai Batang Rajang Masih Belum Ditemukan

KAPIT, 21 Nov – Seorang mangsa bot karam di Sungai Batang Rajang berhampiran Nanga Makoh dilaporkan masih belum ditemukan sehingga pagi ini.

Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang Selasa lalu telah menyebabkan Bubut Benang, 57, hilang dan dikhuatiri lemas, manakala isterinya dan seorang pekerja lelaki sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing.

Menurut laporan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kejadian berlaku ketika bot dinaiki mereka yang dalam perjalanan dari Nanga Benin Rumah Belaja menuju pekan Kapit telah melanggar batu besar di bawah permukaan air deras berhampiran kawasan jeram Pelagus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Timothy Barat, yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR), memaklumkan bahawa isteri mangsa, yang juga pelapor kejadian, telah berusaha mencari suaminya namun tidak berhasil. 

Katanya, keadaan kawasan kejadian yang berbatu besar serta arus deras menyukarkan usaha pencarian.

Menjelas lanjut, Timothy berkata usaha pencarian dilakukan dengan kaedah water surface searching meliputi radius 2 kilometer dari lokasi bot karam. 

Operasi hari pertama berakhir pada jam 6 petang semalam dan akan bersambung hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok