• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 November 2024 | 10:26 AM

Empat projek pembaharuan bandar telah dilaksanakan secara berfasa di Sarawak - Awang Tengah

KUCHING, 20 Nov: Empat Projek Pembaharuan Bandar telah dilaksanakan secara berfasa di Sarawak setakat ini.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata antaranya ialah Projek Pembangunan Darul Hana Fasa I dan II melibatkan 564 buah rumah yang telah siap sepenuhnya.  

Beliau ketika membentangkan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan DUN hari ini berkata setakat 31 Oktober, sebanyak 557 buah rumah telah diagihkan kepada Ketua Isi Rumah dari Kampung Semarang, Kampung Panglima Seman Lama, Kampung Pulo Ulu dan kawasan sekitarnya di Kuching.
 
Datuk Amar Awang Tengah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata kerajaan negeri juga turut mengambilkira keperluan Ketua Keluarga Tambahan dengan menyediakan 209 buah rumah kediaman di Sungai Bedaun.  

Sehingga kini, katanya, sebanyak 115 buah rumah telah diagihkan kepada Ketua Keluarga Tambahan dari Kampung Semarang, Kampung Panglima Seman Lama dan kawasan sekitarnya. 

Ujarnya lagi, pengagihan rumah kepada Ketua Keluarga Tambahan yang layak dari Kampung Pulo Ulu akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Selain itu, Datuk Amar Awang Tengah berkata setakat 31 Oktober, 104 buah rumah di Kampung Datu Baru, Sibu siap sepenuhnya dan 55 buah rumah telah diagihkan kepada Ketua Isi Rumah bagi Projek Pembangunan Semula Kampung Datu, Sibu.  

Katanya, baki 49 buah rumah akan diagihkan dalam masa yang terdekat ini.
 
Manakala, tambahnya bagi Projek Pembangunan Kemuyang, Sibu pula, sebanyak 148 buah rumah telah siap dan 82 buah rumah telah diagihkan kepada Ketua Keluarga Tambahan dari Kampung Datu, sebahagian Kampung Baharu dan sebahagian Kampung Hilir, Sibu.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok