• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 November 2024 | 10:23 AM

JTS Sarawak perlu dana RM2.896 bilion, ambil balik tanah bagi 792 projek - Awang Tengah

KUCHING, 20 Nov: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak masih memerlukan dana sebanyak RM2.896 bilion untuk melaksanakan pengambilan balik tanah bagi 792 projek di negeri ini.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dana yang diperlukan adalah sebanyak RM2.204 bilion bagi 667 projek Kerajaan Sarawak dan RM691.92 juta bagi 125 projek Kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata komitmen Kerajaan dalam menyelesaikan pengambilan balik tanah dalam tempoh enam bulan adalah bergantung kepada penyaluran dan ketersediaan peruntukan dana daripada agensi pelaksana.

Jelasnya, setakat 31 Oktober, terdapat 1,449 projek memerlukan pengambilan balik tanah bagi projek yang pertapakannya telah diluluskan sejak 2018.  

Katanya, sebanyak 657 projek telah diperuntukkan dengan dana berjumlah Rm1.37 bilion.

Datuk Amar Awang Tengah memberitahu daripada jumlah tersebut, 473 projek melibatkan projek Kerajaan Sarawak dengan dana sebanyak Rm950.12 juta dan 184 projek Kerajaan Persekutuan dengan dana Rm420.84 juta.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. 

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok