• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 November 2024 | 04:22 PM

MTCP Rangka Strategi, kukuhkan industri Pelancongan dan Industri Kreatif Sarawak

Kuching, 19 November: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) memberi tumpuan untuk membangunkan tarikan pelancongan baharu serta meningkatkan tarikan sedia ada bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai Gerbang ke Borneo.

Menteri MTCP, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, usaha ini merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pelancongan Sarawak 2020-2035 yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan sektor pelancongan Sarawak.

Katanya, beberapa strategi utama yang digariskan kementeriannya untuk mencapai matlamat tersebut, termasuk tumpuan kepada pelancongan domestik, penerokaan pasaran baharu, serta pengembangan bidang pelancongan kesihatan dan pendidikan.

Sementara itu, berhubung industri kreatif dan seni persembahan, beliau berkata, MTCP menjangkakan sektor-sektor berkenaan di Sarawak akan terus berkembang pesat.

Bidang-bidang seperti multimedia kreatif, dokumentari, dan pembuatan filem dilihat mempunyai potensi besar untuk mencipta peluang baharu dalam industri hiburan di wilayah ini.

Tambah beliau, Sarawak telah melahirkan ramai bakat tempatan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa, memberikan keyakinan bahawa wilayah ini berpotensi untuk menjadi hab hiburan global pada masa depan.

Melalui pelaksanaan strategi-strategi ini, Sarawak dijangka akan terus memperkukuhkan kedudukannya dalam sektor pelancongan global dan menjadi destinasi pilihan pelancong domestik serta antarabangsa.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok