• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 November 2024 | 04:21 PM

MTCP Ambil Alih Pelaksanaan Program Sarawak-Malaysia My Second Home

Kuching, 19 November: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah menyerahkan kuasa pelaksanaan program Sarawak-Malaysia 'My Second Home' (S-MM2H) kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), berkuat kuasa pada 1 November 2024.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata,  penyerahan tersebut merupakan pencapaian penting dalam usaha MTCP untuk memperluaskan fungsi Pusat Setempat S-MM2H.

Katanya, Pusat Setempat itu kini bukan sahaja akan memproses permohonan, tetapi juga akan menguruskan pelesenan ejen program S-MM2H.

Menurut beliau, kementeriannya juga telah mengadakan perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Panel S-MM2H yang terdiri daripada pelbagai agensi berkaitan, bagi memuktamadkan keperluan terkini untuk permohonan program dan garis panduan pelesenan ejen.

Tambah beliau, program tersebut telah ditambah baik dan disesuaikan dengan keperluan 'Malaysia My Second Home' (MM2H) yang baharu oleh MOTAC, dan akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok