• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 November 2024 | 04:04 PM

Pengambilalihan MASwings Dijangka Ditandatangani 31 Disember Ini

Kuching, 18 November: Pengambilalihan MASWings dijangka akan dimeterai pada 31 Disember ini selepas persetujuan dicapai antara Kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG).

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, selepas perjanjian tersebut ditandatangani, pemindahan hak milik MASWings dijangka akan mengambil masa antara 6 hingga 9 bulan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi.

Katanya, sepanjang tempoh peralihan itu, MASWings akan terus menjalankan operasinya dan akan memohon lesen serta kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia untuk memperluas operasi ke peringkat antarabangsa.

Tambah beliau, selepas pengambilalihan tersebut selesai sepenuhnya, Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk menjadikan MASWings sebagai syarikat penerbangan serantau. 

Langkah ini bertujuan untuk menjadikan Sarawak sebagai pintu masuk utama perjalanan udara serantau yang menyokong visi negeri sebagai destinasi antarabangsa dan menarik lebih banyak pelaburan asing.

Ia secara tidak langsung dilihat sebagai faktor penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok