• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 November 2024 | 03:55 PM

RM95.0 juta diperuntukkan, naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Kuching, 18 November: Malaysia Airports Holdings Berhad telah memperuntukkan RM95.0 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Menteri Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), Dato Sri Lee Kim Shin berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan tahap pematuhan dan piawaian keselamatan di KIA.

Katanya, antara naik taraf yang akan dilakukan termasuk pemasangan Sistem Pengendalian Bagasi Sebaris baharu, pengubahsuaian Jambatan Naik Penumpang, pelaksanaan Sistem Panduan Visual Dok serta penambahbaikan pada jalan masuk kecemasan dan papan tanda terminal.

Tambah beliau, inisiatif ini juga dirancang untuk meningkatkan kecekapan penumpang dan operasi secara keseluruhan.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Sementara itu, Dato Sri Lee mengulas mengenai cadangan pembinaan Lapangan Terbang baharu Kuching. 

Katanya, MOTS sedang mengkaji kebolehlaksanaan cadangan pembinaan KIA yang baharu sebagai inisiatif utama dalam mengukuhkan sektor penerbangan Sarawak dengan kemudahan bertaraf dunia.

Menurut beliau, ia akan direka bentuk untuk menampung kira-kira 15 juta penumpang setahun, bagi mengatasi kekangan kapasiti semasa, sekali gus menjadikan Kuching sebagai hab penerbangan serantau utama.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok