• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 November 2024 | 03:54 PM

MEITD Komited Tangani Jurang Pendidikan, Pastikan Persekitaran Pembelajaran Kondusif

Kuching, 18 November: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) memberi keutamaan dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif di Sarawak. 

Menterinya, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, langkah proaktif ini diambil untuk menyokong usaha menangani jurang pendidikan di wilayah ini. 

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pembangunan semula sekolah daif secara menyeluruh melalui program bayaran pendahuluan berjumlah RM1.0 bilion. 

Sehingga kini, sebanyak 58 projek telah berjaya disiapkan di bawah program tersebut yang memberikan manfaat kepada kira-kira 10 ribu pelajar dengan kemudahan pembelajaran yang lebih berkualiti. 

Selain itu, Sarawak juga telah membangunkan semula tiga sekolah melalui inisiatif Projek Rakyat, sementara 28 sekolah lagi akan disusuli di bawah projek Agensi Pembangunan Wilayah Utara. 

Dalam pada itu, pada Jun lalu, Premier Sarawak turut mengumumkan projek bayaran pendahuluan sebanyak RM100 juta bagi menangani masalah sekolah daif yang telah dikenal pasti oleh MEITD, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS). 

Sebanyak 16 buah sekolah telah disasarkan dengan keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah yang dikategorikan sebagai tidak selamat, dengan sasaran untuk disiapkan dalam tempoh 18 bulan. 

Tambah beliau, usaha ini akan diteruskan bagi memastikan semua sekolah di wilayah ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. 

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. 

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok