• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 November 2024 | 03:49 PM

Pengambilan Khas Guru Sarawak dijangka Diumumkan Menjelang Akhir Tahun ini

Kuching, 18 November: Pengambilan Khas Guru Sarawak dijangka akan diputuskan dan diumumkan menjelang akhir tahun ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, keputusan itu diambil berikutan keperluan untuk menghantar guru-guru tersebut ke sekolah-sekolah masing-masing bagi sesi persekolahan tahun 2025.

Dalam pada itu, berhubung isu pengambilan guru tersebut, beliau menegaskan bahawa Sarawak telah menyatakan pandangan dan aspirasinya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Diharapkan pihak SPP akur dengan pandangan tersebut dan mempertimbangkan keadaan serta keperluan jenis guru yang diperlukan untuk mengajar di wilayah ini.

Menurut beliau, SPP telah bersetuju dengan pandangan dan aspirasi Sarawak dan berharap agar proses pengambilan guru berjalan dengan lancar.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi penggulungan kementeriannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. 

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok