• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 November 2024 | 03:48 PM

Sarawak peruntuk RM1.085 bilion, naik taraf dan ganti paip lama, uzur - Julaihi

KUCHING, 18 Nov: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM1.085 bilion untuk melaksanakan program menaik taraf dan penggantian paip lama dan uzur di seluruh Sarawak secara berfasa untuk jangka masa lima tahun.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata agensi bekalan air kini sedang giat menjalankan kerja-kerja survei, penyediaan pelan lukisan, penyediaan dokumen tender dan pelawaan tender.

Katanya, sebanyak 13 projek telah dan akan dilaksanakan pada hujung tahun ini manakala 45 projek lagi akan bermula pada suku pertama tahun hadapan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan DUN hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Datuk Seri Julaihi memberitahu Sarawak memerlukan peruntukan lebih RM20 bilion bagi merealisasikan liputan penuh bekalan air selaras  dengan Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air Sarawak.

Setakat ini, ujarnya liputan air di seluruh negeri ini ialah 85.4 peratus dan liputan di luar bandar pada kadar 70.5 peratus.

Beliau berkata kementeriannya sentiasa komited dan akan terus meningkatkan usaha untuk menyediakan kemudahan bekalan air agar semua rakyat dapat menikmati bekalan air bersih, terawat dan mencukupi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok