• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 November 2024 | 05:04 PM

Sarawak terus komited tuntut penambahan kerusi bagi wakil Sabah, Sarawak di Dewan Rakyat - Hasidah

KUCHING, 12 Nov: Kerajaan Persekutuan telah mengambil beberapa langkah positif dalam memberi perhatian kepada tuntutan penambahan kerusi sehingga 35 peratus bagi wakil Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata berkata antaranya ialah menubuhkan Jawatankuasa Kerja sebagai platform perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah dan Sarawak. 

Katanya, jawatankuasa itu telah dianggotai oleh wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak bersama pegawai Kerajaan Persekutuan bagi memastikan isu-isu berkaitan perwakilan, autonomi dan hak-hak Sabah dan Sarawak terus diambil perhatian.

Beliau menambah Kerajaan Sarawak akan terus komited terhadap tuntutan tersebut untuk memenuhi hasrat rakyat Sarawak dalam mencapai perwakilan yang lebih adil di dalam Dewan Rakyat.

Datuk Sharifah Hasidah berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok