KUCHING, 8 Nov – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, menyatakan bahawa kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia mengatasi kuasa Parlimen, menyebabkan batasan tertentu dalam sistem demokrasi negara.
Dalam ucapannya pada Program Bengkel Anti-Rasuah dan Tanggungjawab Perundangan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini, beliau menjelaskan bahawa berbeza dengan negara seperti Britain di mana Parlimen memegang kuasa tertinggi.
Asfia menjelaskan bahawa situasi ini memberikan kuasa besar kepada badan kehakiman untuk menafsirkan perlembagaan, yang kadangkala mengundang campur tangan mereka dalam keputusan Parlimen.
Keadaan ini, katanya, menyebabkan peralihan kuasa yang besar dari Parlimen ke badan kehakiman, di mana keputusan penting kadangkala melibatkan tafsiran undang-undang yang dibuat oleh hakim.
Asfia turut menyuarakan kebimbangan terhadap penyalahgunaan laporan agensi pengawasan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang menurutnya boleh digunakan oleh pihak eksekutif untuk tujuan pendakwaan terpilih, sekali gus menimbulkan persoalan keadilan dalam sistem politik negara.
#BilikBeritaCATS #CATSFM