BAU, 6 Nov: Sebuah van yang membawa enam orang pelajar sekolah menengah di Bau dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh cerun berdekatan Jalan Kampung Pangkalan Tebang pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8 pagi.
Semua pelajar berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu dengan bantuan orang awam di lokasi.
Pelajar tersebut dihantar ke Hospital Bau dan Klinik Kesihatan Krokong untuk mendapatkan rawatan.
Manakala pemandu van berusia 52 tahun dilaporkan selamat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM