LUNDU, 6 Nov: Seramai 328 peserta telah menerima Bantuan Baja Kelapa Sawit dan Lada Fasa 2, 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.
ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berharap sektor pertanian akan dapat dipergiatkan lagi untuk meningkatkan agro ekonomi melalui Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).
Katanya, ia seterusnya akan menarik golongan muda untuk menceburi bidang pertanian agar persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian berubah dan menjadikan agro pertanian sebagai kerjaya masa depan yang dapat menjana pendapatan yang mampan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Baja Kelapa Sawit dan Lada di Lundu semalam.
#BilikBeritaCATS #CATSFM