• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 November 2024 | 04:57 PM

Karnival 'Kita MADANI' peringkat Sarawak libatkan pelbagai komuniti

Kuching, 5 November: Karnival ‘Kita MADANI’ Peringkat Sarawak akan berlangsung pada 9 hingga 10 Oktober ini, bakal melibatkan pelbagai kelompok komuniti di Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, penglibatan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam setiap acara karnival itu, menjadi tarikan utama yang memaparkan semangat perpaduan.

Katanya, karnival tersebut sebagai imej perpaduan yang dapat mengeratkan persefahaman, di samping merapatkan jurang maklumat masyarakat mengenai inisiatif serta polisi kerajaan di peringkat Sarawak mahupun persekutuan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas sesi kunjungan hormat di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak di Kuching, hari ini.

Sementara itu, Pengarah JaPen Sarawak, Helmi Hamid berkata, karnival tersebut akan melibatkan sebanyak 246 komuniti MADANI dari seluruh Sarawak yang akan membuka 17 reruai untuk aktiviti jual beli dan mempamerkan produk masing-masing.

Justeru, beliau menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan karnival tersebut yang turut mengetengahkan pelbagai pengisian lain seperti Jualan Rahmah dan Infiesta PENTARAMA.

Sumber & Gambar: UKAS

#BilikBeritaCats
#Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok