Kuala Lumpur, 5 November: Inisiatif FLYsiswa kini akan dijadikan inisiatif tahunan Kementerian Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 September lalu.
Katanya, inisiatif tersebut bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan mahasiswa untuk pulang ke kampung halaman, khususnya bagi mereka yang tiada pilihan pengangkutan lain selain penerbangan.
Beliau mengulas lanjut, kira-kira sebanyak RM48 Juta diperuntukkan dalam belanjawan 2025 untuk subsidi tiket penerbangan, termasuk inisiatif FLYsiswa dan subsidi tiket musim perayaan.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Sumber & Foto: BERNAMA
#BilikBeritaCats #Catsfm