• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 November 2024 | 04:42 PM

Kanak-Kanak 13 Tahun Warga China Rentung dalam Kebakaran Rumah

MIRI, 5 Nov: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, Yuan Ruohan, maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah berkembar satu tingkat di Jalan Grand Park 3A/3, Miri, awal pagi tadi. 

Kebakaran yang dilaporkan pada pukul 3:06 pagi itu memusnahkan salah satu rumah, manakala rumah bersebelahan hanya mengalami kerosakan di bahagian siling.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dengan bantuan BBP Miri bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 3:16 pagi, kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan kecemasan. 

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Rorudi Umas, panggilan awal diterima terus ke balai, memaklumkan tentang kebakaran besar tersebut.

Setibanya di lokasi, beliau berkata pasukan bomba  mendapati salah satu rumah telah terbakar 70%. Malangnya, terdapat seorang mangsa warga China ditemui rentung di dalam rumah tersebut.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok