• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

01 November 2024 | 05:33 PM

Harmonisasi Undang-Undang CCUS Penting bagi kerajaan persekutuan dan negeri

Kuching, 31 Oktober: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, menyifatkan perbincangan berhubung penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) semalam sebagai langkah penting untuk mencapai kepentingan bersama. 

Beliau berkata, segala undang-undang mengenai CCUS dan yang berkaitan dengan kelestarian alam sekitar mestilah diharmonikan antara kerajaan Persekutuan dan negeri. 

Katanya, Sarawak dan Sabah memiliki undang-undang tersendiri yang sudah ada sebelum penubuhan Malaysia.

Oleh itu, kerajaan Persekutuan mesti mengambil kira undang-undang tersebut agar selari dengan hak di kedua-dua wilayah.

Dengan itu, beliau yakin bahawa selepas mesyuarat semalam, pihak kementerian yang berkaitan akan menyemak semula Rang Undang-Undang itu sebelum mengubalnya supaya ia seiring dengan perundangan negeri.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyempurkan Majlis Penyerahan Tangki Air untuk Kawasan DUN N.5 Demak Laut di Terminal Kampung Bako, Kuching, hari ini. 

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok