• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 October 2024 | 03:22 PM

Tanggungjawab bantu negeri miskin adalah kerajaan pusat, bukan negeri - Premier

Kuching, 29 Oktober: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa tanggungjawab membantu negeri miskin adalah tanggungjawab kerajaan pusat, bukan negeri. 

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan cadangan oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini, yang mencadangkan agar Sarawak membantu negeri lain kerana diiktiraf berpendapatan tinggi.

Mengulas kenyataan tersebut, beliau menjelaskan bahawa Sarawak berada dalam kedudukannya hari ini kerana mampu menguruskan ekonominya dengan berkesan yang menjadi negeri berpendapatan tinggi. 

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa pendapatan keluarga di Sarawak masih perlu dipertingkatkan dan menekankan keperluan untuk membangunkan kawasan luar bandar. 

Maka sebab itu, Sarawak mengutamakan untuk bantu negeri sendiri dahulu dengan pembangunan-pembangunan infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik, jambatan dan jalan raya. 

Datuk Patinggi Abang Johari juga menyeru agar semua pihak bekerja keras untuk mencapai kemajuan bersama dan tidak membandingkan Sarawak dengan negeri-negeri lain tanpa mengambil kira realiti setempat.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok