Kuching, 29 Oktober: Pelan Tindakan Kelestarian Sarawak sebagai inisiatif utama dalam membangunkan kelestarian ekonomi wilayah ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelan tindakan tersebut merangkumi sepuluh pendekatan strategik yang melibatkan pelbagai sektor untuk mencapai keseimbangan pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan ekonomi.
Katanya, pendekatan ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kerajaan Sarawak juga akan bekerjasama dengan pakar-pakar dari pelbagai bidang untuk mendapatkan pandangan dan cadangan untuk mengubah dasar-dasar di wilayah ini.
Maka sebab itu, Persidangan Wawasan Kelestarian Sarawak 2024 menjadi platform untuk berkongsi idea dan cadangan dalam menguruskan proses ekonomi baru, dengan menumpukan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Wawasan Kelestarian Sarawak 2024 di Hotel Pullman Kuching, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm