KUCHING, 29 Okt: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) hari ini menandatangani sembilan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama rakan industri dan institusi akademik.
Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Hamid Bugo berkata, rakan strategik itu termasuk TMR Technologies, Persafe Engineering, Malakoff Corporation, serta universiti tempatan seperti UNIMAS dan Curtin University Malaysia.
Bercakap pada majlis perasmian PETROS Connect 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching sebentar tadi, Hamid Bugo berkata kerjasama ini bertujuan memperkukuh bakat tempatan dengan kemahiran industri relevan serta meningkatkan peluang pendidikan di Sarawak.
Acara PETROS Connect 2024, yang dihadiri lebih 2,000 peserta, turut mempamerkan pencapaian tujuh tahun PETROS dalam membangun sektor tenaga lestari serta memberi tumpuan kepada inisiatif komuniti dan pengurusan sumber di Sarawak.
Acara itu telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM