PARIS, 29 Okt - Pemain tengah Manchester City dan Sepanyol, Rodri dianugerahkan Ballon d'Or lelaki pada Isnin, namun Real Madrid memboikot majlis tersebut.
Keputusan untuk menganugerahkan hadiah bagi pemain terbaik dunia kepada pemain tengah itu mengejutkan, selepas pemain Real Madrid yang memenangi gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara, Vinicius Junior dilihat sebagai calon terbaik.
Beberapa jam sebelum majlis berlangsung di Teater Chatelet, Paris, kelab Sepanyol itu mengumumkan delegasinya tidak akan menghadirinya.
Rodri, 28, pemenang kali pertama anugerah itu memainkan peranan penting dalam membantu The Citizens kendalian Pep Guardiola memenangi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) kali keempat berturut-turut pada musim lalu.
Dia juga dinobatkan sebagai pemain terbaik Euro Jerman 2024 tahun ini selepas membantu Sepanyol muncul juara.
#BilikBeritaCATS
#CATSFM
Credit Photo France Football FB