• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 October 2024 | 03:50 PM

Sebanyak 746 kes dicatatkan di Sarawak oleh KPDN setakat tahun ini

Kuching, 28 Oktober: Sarawak telah mencatatkan sebanyak 746 kes untuk pelbagai kesalahan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, angka ini berikutan pemeriksaan pihaknya ke atas 67,550 premis di seluruh Sarawak dari 1 Januari lalu hingga 27 Oktober 2024.

Katanya, berdasarkan kes-kes tersebut, kes yang paling banyak diambil tindakan adalah berkaitan ketidakpatuhan dalam meletakkan tanda harga.

Beliau mengulas lanjut bahawa jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan untuk kes-kes ini adalah RM228,700 manakala anggaran nilai sitaan pula berjumlah lebih RM22 juta.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi 'Walkabout' bersempena Penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2024 di Pasar Raya BS, Depo Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, Matthew berkata, KPDN Sarawak juga turut menggerakkan lebih 214 anggota bersama 97 pegawai pemantau harga ke seluruh Sarawak untuk memantau keberadaan bekalan dan pematuhan serta menjalankan pemeriksaan di setiap pasar awam, pasar basah, dan pasar raya.

Pemantauan tersebut dijalankan bagi mengesan ketidakpatuhan atau menyiasat aduan pengguna supaya mana-mana ketidakpatuhan oleh peniaga boleh diambil tindakan mengikut perundangan yang ditetapkan.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok