KUCHING, 30 Sept: Pertembungan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selepas penyertaan bekas ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam PDP akan diputuskan sebelum pilihanraya negeri (PRN) Sarawak.
Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden PDP, Datuk Henry Harry Jinep berkata ia akan ditentukan oleh kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Pada awalnya, beliau memberitahu penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon, ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa dan ADUN Ba'kelalan, Baru Bian adalah demi pembangunan dan keharmonian Sarawak, bukannya mengenai kerusi DUN.
Setakat ini, katanya, tiada perbincangan lanjut mengenai kerusi DUN itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Bengkel Etika Wartawan 2024 anjuran Persatuan Wartawan Bebas Kuching (Pewarta) di Kuching hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM
Back
BILIK BERITA CATS
30 September 2024 | 03:09 PM