Kuching, 29 September: Kumpulan pop wanita tanah air, DOLLA temui peminat hari ini dalam sesi bertemu sapa di Plaza Merdeka, Kuching bersempena 'Borneo Sonic Music Festival' (BSMF) 2024.
Kira-kira lebih daripada 200 orang peminat DOLLA hadir dalam sesi temu sapa tersebut yang berlangsung kira-kira satu jam di Dataran Kompleks beli-belah berkenaan.
Sesi temu sapa tersebut hari ini dianjurkan bertujuan untuk mempromosikan BSMF 2024 yang akan diadakan selama 2 hari iaitu pada 11 dan 12 Oktober depan di Stadium Sarawak.
Festival muzik yang memasuki edisi kedua penganjurannya itu bakal menampilkan bakat-bakat muzik tempatan tanah air seperti, kumpulan Dolla dan Yuna serta penyanyi antarabangsa dari Korea dan Indonesia.
#BilikBeritaCats #Catsfm
Back
BILIK BERITA CATS
29 September 2024 | 03:05 PM