• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 August 2024 | 02:22 PM

Program Jiwa Madani pupuk pelajar cintakan negara

KUCHING: Program Jiwa Madani @ PENTARAMA X Kelab Malaysiaku pupuk pelajar tonjolkan semangat cintakan negara, sekaligus menyemarakan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) itu kini diteruskan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya, selepas SMK Chung Hua Miri di Sarawak, pada Isnin lalu.

Pegawai Penerangan Daerah Kuching Magdellina anak Alfred Jeho berkata, program jiwa madani yang melibatkan lebih 400 orang pelajar itu merupakan program tahunan anjuran JAPEN Sarawak bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di sekolah-sekolah terpilih di Sarawak.

Menurutnya, semangat patriotik bukan sahaja perlu disemai dan dipupuk dari peringkat sekolah, malah ia juga perlu ditonjolkan di rumah dengan mengibarkan jalur gemilang.

"Kempen kibar jalur gemilang perlu diteruskan di rumah bagi menyemarakan semangat patriotik," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian semasa ditemui wartawan CATS FM selepas Program Jiwa Madani @ Kelab Malaysia Ku di Dewan Perdana, SMK Matang Jaya, pada Selasa.

Turut hadir bagi menyempurnakan program itu, Pengetua SMK Matang Jaya Anita Hasbi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok