• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 August 2024 | 02:17 PM

Beberapa makanan dijangka diwartakan sebagai makanan Gastronomi di Sarawak

Kuching, 27 Ogos: Beberapa makanan tradisi Sarawak dijangka akan diwartakan sebagai makanan gastronomi pada Festival Gastronomi Nyamai Sarawak edisi Hari Malaysia, September depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata pewartaan makanan tersebut merupakan antara acara yang diharapkan pada festival itu nanti.

Katanya, ia merupakan kerjasama bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan  Sarawak (MTCP) dan masih menunggu keputusan Menteri MTCP untuk merasmikan pewartaan tersebut.

Tambah beliau, Sarawak mempunyai banyak makanan dan produk tempatan yang boleh diwartakan di bawah Sarawak Best dan Warisan sebagai makanan gastronomi. 

Beliau, berkata demikian dalam sidang media Festival berkenaan di Hotel Waterfront Kuching, hari ini.

Terdahulu, Festival Nyamai Gastronomi Sarawak 2024 edisi Hari Malaysia akan berlangsung pada 14 dan 15 September depan di Kampung Budaya Sarawak.

Pengerusi Penganjur Festival tersebut, Gordon Chung Pei Nan berkata, festival tersebut mensasarkan kehadiran seramai 5-10 ribu pengunjung sepanjang 2 hari penganjurannya.

Tambah beliau, sebanyak 150 vendor akan mengambil bahagian dalam festival itu nanti yang melibatkan vendor makanan tradisional, kraftangan dan pameran.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok