• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 August 2024 | 02:07 PM

635 pengarah syarikat dihalang keluar negara akibat tunggakan caruman KWSP

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengemukakan 635 nama pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen antara Januari dan Jun lepas untuk menghalang mereka meninggalkan Malaysia selagi belum menjelaskan tunggakan caruman KWSP.

Ketua Pegawai Operasi KWSP Sazaliza Zainuddin berkata majikan diingatkan membayar caruman pekerja mereka dengan segera seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 43(1) Akta KWSP 1991.

"Kegagalan membayar caruman KWSP pada masanya merupakan satu kesalahan serius dan KWSP tidak akan teragak-agak untuk menggunakan penyelesaian undang-undang terhadap majikan yang ingkar termasuk tindakan sivil dan jenayah, untuk melindungi hak pekerja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Caruman bulanan menunjukkan komitmen majikan terhadap kesejahteraan pekerja dan bagi memenuhi kewajipan undang-undang, dan KWSP akan terus menguatkuasakan dan memantau majikan untuk memastikan semua jumlah tertunggak dibayar sepenuhnya.

"Setakat Jun 2024, sejumlah 13,820 majikan atau 2.02 peratus daripada keseluruhan 685,399 majikan yang berdaftar dengan KWSP telah gagal membayar caruman pekerja mereka. - BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok