MIRI, 12 Julai - Tiga individu warga tempatan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah pada 10 Julai lalu bertempat di kawasan Miri.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, kesemua suspek ialah dua lelaki warga tempatan berusia sekitar 37 hingga 38 tahun, serta seorang wanita warga tempatan yang berusia 21 tahun.
“Hasil pemeriksaan pasukan polis telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Syabu, Ekstasi dan Eramin 5 berjumlah 114.98 gram. Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan berjumlah RM1,690.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Alexson menambah, sebuah kereta dianggarkan bernilai RM100,000 turut disita.

Foto Polis Daerah Miri