SIBU, 12 Julai - Aktiviti Festival What About Kuching (WAK) Sibu 2024 dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 28 Julai ini Pusat Warisan Sibu.
Pengurus Festival WAK Brendan Chin dalam sidang media di Sibu semalam berkata, pihaknya berjaya mengumpul 17 acara unik yang dicadangkan semasa tempoh mengemukakan cadangan aktiviti festival tersebut pada awal bulan lalu.
Katanya, program muzik adalah acara kemuncak festival, menampilkan 10 individu berbakat atau penghibur dari Sibu, Sarikei, Kanowit dan Kuching termasuk artis popular Iban, Winnie Albert.
Selain muzik dan fesyen, festival itu turut menampilkan pelbagai acara menarik yang lain seperti ceramah dan pameran seni kraf.
Chin menambah pameran Baju Kuas turut diadakan yang mempamerkan pakaian tradisional masyarakat Iban Balau yang rumit dan cantik.
Semantara itu Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh berkata, festival itu menjadi satu lagi aktiviti menarik dalam kalendar acara Sibu.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari di laman sesawang www.aboutkuching. com/wakxsibu