KUCHING, 11 Julai: Sekolah Kebangsaan (SK) Matang, SK Semariang, SK Catholic English dan SK RPR Batu Kawa merupakan empat buah sekolah rendah di Kuching yang terlibat dalam program Sekolah Pengajar oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kampus Batu Lintang.
Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata program yang pertama kali diluncurkan di Sarawak itu amat bermanfaat kerana siswa guru akan berkongsi kaedah-kaedah pembelajaran dan pengajaran bersama guru-guru di sekolah tersebut.
Katanya, ia juga menjadi ruang dan peluang kepada siswa dan siswi melakukan praktikal sebelum melangkah ke kerjaya guru sebenar.
Fazzrudin dalam pada itu menyeru pihak IPG Batu Lintang untuk meneruskan program tersebut selain menyebarluaskan ke kawasan DUN Tupong.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Sekolah Pengajar di SK Matang hari ini.
100 siswa guru terlibat dalam program itu di SK Matang.
#BilikBeritaCats #Catsfm