Kuching, 11 Julai: Pesta Kaul 2024 dijadualkan akan berlangsung pada 13 hingga 21 Julai ini bertempat di Tapak Kaul, Mukah.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.58 Balingian, Abdul Yakub Arbi dalam satu sidang media hari ini berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan, termasuk gerai jualan dan komuniti, pameran korporat, aktiviti pestas dan konsert artis jemputan.
Katanya, pesta kaul tahun ini mensasarkan seramai lebih 10 ribu pengunjung sepanjang 9 hari penganjuran pesta tersebut.
Pesta Kaul tahun ini dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bagi mewakili Premier Sarawak.
Tambah Abdul Yakub, acara malam konsert perpaduan daripada Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) akan menjadi kelainan pesta tahun ini yang akan memaparkan keunikan kaul serta kebudayaan masyarakat Melanau.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Pesta Kaul Mukah hari ini di Kuching.
#BilikBeritaCats #Catsfm