Kuching, 31 Mei: Kejohanan Tenpin Boling Antarabangsa Terbuka Sarawak (SIOTBC) 2024 dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 15 Jun depan di Megalanes Batu Kawa, menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM162 Ribu.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebanyak 11 negara bakal menyertai kejohanan ini yang menjangkakan penyertaan lebih daripada 600 atlet.
Dalam perkembangan lain, Dato Sri Abdul Karim berkata, kejohanan ini turut menjadi persiapan akhir buat atlet-atlet Tenpin Boling Sarawak menjelang SUKMA di samping untuk menguji fasiliti dan kemudahan yang sudah dinaik taraf.
Katanya, kejohanan ini juga turut disertai squad Tenpin Boling SUKMA negeri lain untuk tujuan sama.
Beliau berkata demikian dalam sidang media SIOTBC 2024 di Megalanes Batu Kawa, hari ini.
Sukan Tenpin Bowling untuk Temasya SUKMA ke-21 Sarawak 2024 bakal berlansung pada 14 hingga 20 Ogos Depan di Megalanes Batu Kawa, Kuching.
#BilikBeritaCats #Catsfm
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini