SERIAN, 31 Mei: 10 penghuni berjaya menyelamatkan diri selepas rumah yang didiami musnah terbakar di Kampung Panchor Dayak malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9 malam.
Komander Operasi memaklumkan kebakaran telah merebak ke rumah sebelah yang dianggarkan musnah 30 peratus.
Bagaimanapun kesemua penghuni dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini