Kuching, 30 Mei: Penganjuran acara sarkas antarabangsa "The Great British Circus' di Kuching pasti akan meningkatkan kedatangan pengunjung ke bandaraya Kuching, yang sarat dengan pelbagai acara lain termasuk Festival Musik Hutan Hujan Antarabangsa (RWMF) 2024.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran pelbagai acara berterusan bertaraf antarabangsa di negeri ini turut membawa masuk pendapatan yang lebih kepada pelbagai pemain industri ekonomi di Sarawak.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Pelancaran "The Great British Circus' di Kuching hari ini.
"The Great British Circus' akan berlangsung selama 36 hari barmula dari 8 Jun hingga 14 Julai depan di Kompleks Sukan Sarawak yang menawarkan pelbagai persembahan untuk hiburan sekeluarga.
Sementara itu, dalam sidang media sama, salah seorang pengasas "The Great British Circus,' Lord Kiril Kirilov berkata pemilihan Sarawak sebagai lokasi penganjuran sarkas itu disebabkan ia mahu menjadi sebahagian daripada kemeriahan pelbagai acara menarik dan bercorak hiburan yang diadakan di Sarawak.
#BilikBeritaCats #Catsfm
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini