WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

LIVERPOOL BERDEPAN ARSENAL, CHELSEA MENENTANG UNITED

Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal, manakala Chelsea berdepan Manchester United


Back To Sports Updates

LONDON: Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal, manakala Chelsea berdepan Manchester United dalam dua aksi membabitkan pertembungan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam saingan pusingan keempat Piala Liga Inggeris.

Undian yang diadakan semalam bagi peringkat 16 terbaik itu sudah pasti menjadi tumpuan apabila menyaksikan pasukan pendahulu liga bimbingan Jurgen Klopp menentang The Gunners di Anfield manakala pasukan sedang bergelut, United berkunjung ke Stamford Bridge.

Liverpool yang memenangi kejuaraan Piala Liga sebanyak lapan kali mara ke pusingan keempat selepas mengenepikan cabaran kelab MK Dons, 2-0 manakala Arsenal pula membelasah Nottingham Forest 5-0.

United yang kali terakhir merangkul kejuaraan ini pada 2017, memerlukan penentuan penalti 5-3 untuk mengatasi kelab divisyen ketiga, Rochdale selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Old Trafford.

Berbeza dengan Chelsea yang juga naib juara musim lalu, berpesta gol ke atas Grimsby 7-1 untuk mara.

Sementara itu, Southampton yang mencatat kemenangan pertama ke atas saingan tetangga, Portsmouth selepas 35 tahun, akan berkunjung ke laman penyandang juara, Manchester City.

Dua aksi lagi turut membabitkan kelab EPL iaitu Everton-Watford dan Aston Villa-Wolves.

Kelab divisyen keempat yang masih kekal dalam saingan, Crawley dan Colchester diundi menentang sesama sendiri manakala Leicester City akan bertandang ke Burton dan kelab Liga Satu, Oxford berdepan Sunderland.

Semua perlawanan dijadual bermula pada 28 Oktober.

Sumber: Berita Harian