WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

APA SAHAJA UNTUK NEYMAR

Pengarah Barcelona, Javier Bordas, menegaskan bahawa gergasi La Liga itu akan melakukan apa saja


Back To Sports Updates

MADRID 12 Sept. - Pengarah Barcelona, Javier Bordas, menegaskan bahawa gergasi La Liga itu akan melakukan apa saja bagi mendapatkan semula Neymar.

Neymar sebelum ini gagal meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) dan dia begitu terdesak untuk menyertai Barcelona.

“Dia mahu kembali dan kami akan lakukan segalanya untuk membawanya pulang.

“Dia adalah pemain istimewa dan dia mahu kembali ke Barcelona. Dia mengakui kesilapannya kerana berhijrah ke Paris,” kata Bordas.

Selain Neymar, masa depan Lionel Messi bersama kelab itu juga menjadi persoalan.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, mengesahkan laporan bahawa Messi memiliki pilihan untuk meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini.

Dia menandatangani kontrak terbaru pada 2017 dan bakal tamat pada penghujung kempen 2020-21.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab MLS miliki David Beckham, Inter Miami.

“Dia daripada Barcelona dan seluruh kehidupannya berada di sini. Messi adalah Barcelona,” katanya.

Sumber: Utusan Online