• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

MADRID: POGBA MASIH BERPELUANG?

Mathias Pogba berkata, pemain tengah Manchester United, Paul Pogba boleh menggunakan khdimat Real Madrid dan Zinedine Zidane


Back To Sports Updates

LONDON 27 Ogos - Mathias Pogba berkata, pemain tengah Manchester United, Paul Pogba boleh menggunakan khdimat Real Madrid dan Zinedine Zidane ketika spekulasi perpindahannya ke pasukan itu sedang hangat diperkatakan.

Paul Pogba dilaporkan kekal menjadi sasaran utama Madrid yang berminat untuk membawa bintang United itu ke Santiago Bernabeu sebelum jendela perpindahan Eropah tutup pada 2 September ini.

United dipercayai berminat untuk mendapatkan khidmat Neymar daripada Paris Saint-Germain.

“Saya tidak pasti kerana saya tidak berada di Bernabeu. Dalam bola sepak semunya mungkin.

“Dia sangat baik dan sentiasa positif. Saya tidak akan bercakap perkara buruk mengenai United. Dia seorang yang profesional dan bersama pasukan itu.

“Masa depan? Terpulang kepada kelab. Manchester ingin menjual dan Madrid mahu membeli. Ini perniagaan.

“Semua orang tahu adik saya boleh menggunakan Real Madrid dan Zidane. Mereka yang sedang berbincang ialah Madrid dan United,” katanya.

Sumber: Utusan Online