WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SHAW BIKIN UNITED RESAH

Manchester United berada dalam ketakutan apabila Luke Shaw bakal direhatkan selama lima minggu


Back To Sports Updates

LONDON 27 Ogos - Manchester United berada dalam ketakutan apabila Luke Shaw bakal direhatkan selama lima minggu akibat kecederaan hamstring.

Pemain berusia 24 tahun itu terpaksa di bawa keluar pada 45 pertama ketika United kecundang 1-2 kepada Crystal Palace, digantikan dengan Ashley Young.

Imbasan mengesahkan dia perlu direhatkan sekurang-kurangnya sebulan dan itu bermakna dia bakal terlepas perlawanan liga menentang Southampton, Leicester City, West Ham dan Arsenal.

Berita itu pastinya menjadi tamparan buat pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer yang mahu mencari rentak kemenangan selepas mempamerkan aksi tidak konsisten dalam tiga perlawanan pertama musim ini.

Sumber: Utusan Online