WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

RONALDO BAKAL GANTUNG BUT 2020?

Cristiano Ronaldo belum pasti tarikh persaraan sebenarnya tetapi menyatakan ia mungkin seawal tahun depan atau kekal beraksi hingga pada usia 40-an


Back To Sports Updates

LISBON: Bintang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo belum pasti tarikh persaraan sebenarnya tetapi menyatakan ia mungkin seawal tahun depan atau kekal beraksi hingga pada usia 40-an.

Ronaldo, 34, kekal sebagai pemain bintang selepas menyertai Juve tahun lalu dengan menyumbat 28 gol dalam 43 perlawanan dan membantu kelab gergasi Itali itu menang sekali lagi gelaran Serie A musim 2018-19.

Pemenang lima kali gelaran Ballon d'Or itu bagaimanapun mengakui tidak tahu tarikh untuk dia menggantung but meskipun pada masa sama menyatakan tarikh itu kian hampir.

"Saya tidak memikirkan hal itu,” katanya kepada sebuah stesen tv, semalam.

"Mungkin saya boleh menamatkan karier saya tahun depan….tapi saya juga boleh bermain hingga usia 40 atau 41.

"Saya tidak tahu. Apa yang saya selalu katakan ialah saya gembira beraksi ketika ini. Ia suatu anugerah besar dan saya perlu nikmatinya.”

Ronaldo sudah lima kali menjulang trofi Liga Juara-Juara (empat kali bersama Real Madrid dan satu bersama Manchester United) selain mengecapi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua trofi La Liga.

Ronaldo jelas mahu menempa sejarah peribadi dan terus meningkatkan motivasi diri untuk mencipta rekod tersendiri.

"Ada tak sesiapa lagi pemain yang memiliki rekod lebih baik daripada saya?”

"Saya rasa belum ada pemain lain yang memiliki rekod lebih baik berbanding saya.’’

Ronaldo akan membantu kempen Juventus di Serie A dengan kunjungan ke laman Parma, Sabtu ini.

Sumber: Berita Harian