WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SAYA GEMBIRA DI LIVERPOOL - SALAH

Mohamed Salah menegaskan dia gembira berada di Liverpool di sebalik dakwaan Gary Neville


Back To Sports Updates

LONDON: Mohamed Salah menegaskan dia gembira berada di Liverpool di sebalik dakwaan Gary Neville yang menuduh bintang Mesir itu mungkin meninggalkan Anfield dalam tempoh 12 bulan.

Penyerang sensasi Reds itu memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana buat musim kedua berturut-turut sejak perpindahannya dari Roma pada 2017.

Salah turut memenangi trofi Liga Juara-Juara bersama skuad kendalian Jurgen Klopp musim lalu dan tidak terlintas di fikirannya untuk meninggalkan kelab itu dalam masa terdekat.

Dia memberitahu CNN: “Saya gembira di Liverpool. Saya gembira berada di bandar ini, saya menyukai peminatnya dan mereka menyukai saya. Saya gembira berada di kelab ini.”

Neville yang juga bekas pengurus skuad kebangsaan England mendakwa: “Salah akan keluar dalam tempoh 12 bulan akan datang, saya sudah dapat melihatnya.

“Dia (Jamie Carragher) mengetahuinya, tetapi dia tidak akan menyatakannya. Dia akan (keluar), saya hampir boleh memberi jaminan. Saya boleh melihatnya, kamu boleh merasakannya, kamu dapat menghidunya.”

Salah disenarai dalam kesebelasan utama bagi ketiga-tiga perlawanan Liverpool setakat ini ketika mereka menewaskan Norwich 4-1, menundukkan Chelsea menerusi penalti dalam aksi Piala Super UEFA dan mengalahkan Southampton 2-1, Ahad lalu.

Sumber: Berita Harian