WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

SANCHEZ BERGADUH DENGAN PEMAIN 17 TAHUN

Alexis Sanchez terus menjadi watak yang dipinggirkan meskipun masih memegang status penerima gaji tertinggi di Manchester United


Back To Sports Updates

MANCHESTER 14 Ogos - Alexis Sanchez terus menjadi watak yang dipinggirkan meskipun masih memegang status penerima gaji tertinggi di Manchester United.

Walaupun dilaporkan menerima bayaran 500,000 pound (RM2.53 juta) seminggu, namun bintang penyerang Chile itu diketepikan oleh pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer yang lebih gemar memilih Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Sudahlah tidak mendapat tempat dalam skuad utama, bekas bintang Arsenal itu dikatakan terlibat pula dalam pergaduhan di padang latihan.

Menurut akhbar Britain, The Sun, Sanchez, 30, bergaduh dengan Mason Greenwood selepas dikasari oleh penyerang remaja itu.

Dia baru menyertai latihan pertama sejak pulih daripada kecederaan, dan tindakan Greenwood dikhuatiri menyukarkan peluangnya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Sanchez yang diketepikan dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang Chelsea, Ahad lalu dijangka kembali disenaraikan dalam skuad utama pada masa terdekat.

Begitupun terjahan keras Greenwood, 17, yang dibawa masuk sebagai pemain gantian ketika United membelasah Chelsea 4-0 mungkin akan melambatkan kepulangan Sanchez.

Kedua-dua pemain dikatakan bertikam lidah sepanjang latihan, dan kedudukan Sanchez untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Wolverhampton, Isnin depan kini masih tidak pasti.

Sumber: Utusan Online