WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BARCA NAIKKAN TAWARAN UNTUK NEYMAR

Barcelona melancarkan usaha terakhir untuk membawa pulang Neymar


Back To Sports Updates

LONDON 14 Ogos - Barcelona melancarkan usaha terakhir untuk membawa pulang Neymar dengan menawarkan 100 juta euro (RM470 juta) berserta dua bintang mereka.

Menurut ESPN, juara La Liga itu menawarkan Philippe Coutinho dan Ivan Rakitic, selain wang tunai lebih lumayan dalam pertemuan dengan wakil Paris Saint-Germain (PSG) hari ini.

PSG sebelum ini menolak tawaran 55 juta pound (RM279 juta) berserta Coutinho yang dikemukakan Barca.

Barcelona bagaimanapun berharap pertemuan terbaru kedua-dua kelab minggu ini mampu menukar keputusan kelab Perancis itu.

Begitun, Real Madrid juga masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Neymar, dan akan menggunakan hubungan baik di antara bapa yang juga ejen pemain itu, Neymar Sr dengan pemilik kelab, Florentino Perez untuk 'mencantas' Barcelona.

Isu perpindahan Neymar yang disifatkan oleh Barcelona sebagai 'amat rumit' dijangka hanya selesai pada hari terakhir perpindahan Eropah iaitu 2 September.

Sumber: Utusan Online