• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

MANCHESTER UNITED KELAB KE-34 TERBAIK DUNIA... DI BELAKANG PAOK

Manchester United diiktiraf sebagai kelab ke-34 terbaik dunia berdasarkan analisis bola sepak di FiveThirtyEight


Back To Sports Updates

Manchester United diiktiraf sebagai kelab ke-34 terbaik dunia berdasarkan analisis bola sepak di FiveThirtyEight.

Kedudukan itu berada lapan anak tangga di belakang Everton, yang menamatkan musim lepas kurang 12 mata berbanding United, juga beberapa kelab tidak ternama termasuk kelab Switzerland, Young Boys dan kelab Greece, PAOK.

Berada di tangga teratas adalah seteru tetanggan United yang berjaya mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Walaupun disingkirkan Liverpool pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lepas, Bayern Munich dinilai berada di tangga kedua diikuti juara Eropah enam kali, The Reds di tangga ketiga.

Messi & Co. di Barcelona diletakkan pada ranking keempat dan juara Liga Europa, Chelsea di tempat kelima.

PSG dinilai untuk menghuni tangga keenam, Real Madrid ketujuh sementara Arsenal di kedudukan ke-28.

Kejayaan Tottenham Hotspurs melangkah ke final UCL dicemarkan persembahan buruk mereka menuju penghujung musim dalam saingan liga meletakkan mereka di tangga ke-12, sementara Juventus menghuni kedudukan ke-15.

Kajian tersebut dibuat dengan Soccer Power Index (SPI) yang memberi penarafan pasukan berdasarkan penilaian algoritma terhadap prestasi serangan dan pertahanan.

Penarafan serangan merujuk kepada jumlah goal yang dijangka dijaringkan oleh sesebuah pasukan terhadap pasukan biasa di gelanggang neutral, dan penilaian pertahanan dibuat berdasarkan jangkaan jumlah bolos dihadapi sesebuah pasukan.

Bagaimanapun ia hanya menilai 636 kelab dengan Tacoma Defiance, kelab divisyen dua Amerika Syarikat dinilai pada kedudukan tercorot.

Berikut senarai kedudukan 20 teratas kelab terbaik dunia:

1) Man City

2) Bayern Munich

3) Liverpool

4) Barcelona

5) Chelsea

6) PSG

7) Real Madrid

8) Atlético Madrid

9) Olympiacos

10) Ajax
11) Atalanta
12) Tottenham
13) Leverkusen
14) Inter Milan
15) Juventus
16) Valencia
17) Porto
18) Napoli
19) Eibar
20) RB Leipzig

Untuk senarai penuh: https://projects.fivethirtyeight.com/global-club-soccer-rankings/

Sumber: AWANI