WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BRAZIL JULANG PIALA KESEMBILAN COPA AMERICA

Kejuaraan itu juga merupakan yang pertama buat jurulatih Adenor Leonardo Bacchi atau Tite selepas mengemudi Brazil sejak tiga tahun lalu


Back To Sports Updates

RIO DE JANEIRO: Pasukan Brazil berjaya menjulang Piala Copa America buat kali kesembilannya selepas menundukkan Peru 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.

Ia juga merupakan kejuaraan utama pertama Brazil sejak memenangi Copa America pada 2007.

Gol Brazil dijaringkan Everton Soares, Gabriel Jesus dan Richarlison masing-masing pada minit ke-15, 45 dan 90.

Manakala gol saguhati Peru dijaringkan Paolo Guerrero pada minit ke-44.

Bagaimanapun perlawanan akhir ini dicemari satu layangan kad merah ke atas Jesus yang sebelum ini turut membantu mencipta jaringan selain menjaringkan satu gol.

Kejuaraan itu juga merupakan yang pertama buat jurulatih Adenor Leonardo Bacchi atau Tite selepas mengemudi Brazil sejak tiga tahun lalu.

Sumber: AWANI