WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

BUKTI KERJA KERAS BRAZIL BERBALOI - ALVES

Kapten Brazil, Dani Alves menyifatkan kejayaan Selecao mara ke final Copa America membuktikan kerja keras yang dilakukan oleh akan sepasukannya


Back To Sports Updates

BELO HORIZONTE, Brazil: Kapten Brazil, Dani Alves menyifatkan kejayaan Selecao mara ke final Copa America membuktikan kerja keras yang dilakukan oleh akan sepasukannya.

Tuan rumah Brazil menundukkan seteru tradisi, Argentina 2-0 pagi tadi dengan gol kemenangan dijaringkan penyerang berpangkalan di England, Gabriel Jesus dan Roberto Firmino.

Ini kali pertama kedua-dua gergasi bola sepak dunia itu bertemu di kejohanan utama selepas kali terakhir Brazil menewaskan Argentina 3-0 di pentas final Copa America pada 2007.

“Ia satu lagi langkah ke depan untuk mencapai objektif kami. Kami mencapai semua sasaran yang kami letakkan kepada diri kami,” kata Alves yang ketika ini tidak dimiliki sebarang kelab selepas meninggalkan Paris Saint-Germain.

“Ramai orang meragui kemampuan kami tetapi kami tetap mempercayai diri kami, rancangan kami, menerusi kerja keras yang kami lakukan. Kami sedang menuai hasilnya ketika ini.”

Kekalahan menjadi satu lagi kempen mengecewakan buat Argentina dan bintang sensasinya, Lionel Messi yang terus kempunan untuk menamatkan kemarau kejuaraan di kejohanan utama.

“Kami sepatutnya pasukan yang mara ke final kerana kami layak, tiada keraguan mengenainya. Tetapi bola sepak kadang kala tidak adil,” kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni.

Begitupun, Messi dan juara dunia dua kali itu berpeluang untuk menebus kehampaan berkenaan apabila Copa America berlangsung di gelanggang sendiri dan Colombia, tahun depan. 

Brazil dijadualkan menentang sama ada Chile atau Peru di pentas final dengan satu lagi aksi separuh akhir akan berlangsung di Rio de Janeiro, esok.

Sumber: Berita Harian