WHAT'S NEXT

SUNDAY CRUISE

12.00pm - 02.00pm

SALAH BANTU MESIR ATASI UGANDA

Bintang Mesir Mohamed Salah sekali lagi beraksi cemerlang apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma


Back To Sports Updates

KAHERAH: Bintang Mesir Mohamed Salah sekali lagi beraksi cemerlang apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma, gol keduanya di kejohanan ini, untuk mencetus kemenangan 2-0 tuan rumah ke atas Uganda yang turut mengiringi mereka ke pusingan kalah mati Piala Negara-Negara Afrika.

Mesir, yang sudah melayakkan diri, mendahului Kumpulan A dengan rekod 100 peratus daripada tiga perlawanan tanpa bolos, manakala Uganda, walaupun tewas masih layak ke kelompok 16 terakhir untuk kali kedua selepas kali pertama melakukannya pada tahun 1978.

Uganda, yang mengumpul empat mata, dibantu oleh Republik Demokratik Congo yang menewaskan Zimbabwe 4-0 untuk menamatkan peringkat kumpulan di tempat ketiga manakala Zimbabwe tercorot selepas hanya mengutip satu mata.

Uganda bagaimanapun menguasai babak pertama di stadium Kaherah itu sebelum Salah dan Ahmed Elmohamady menjaringkan gol dalam tempoh sembilan minit sebelum rehat.

“Kunci kemenangan adalah pengaturan masa, waktu gol pertama dan kedua amat penting daripada segi psikologi,” kata pengendali Mesir Javier Aguirre.

“Tekanannya sangat dirasai. Kami cuba bermain… peminat mahu kami menang, menang, menang. Setakat ini kami mengumpul sembilan mata dan banyak yang perlu diperbaiki.”

Sumber: Berita Harian