WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PIALA DUNIA FIFA 2034: TAK MUNGKIN JADI TUAN RUMAH JIKA 'BERSENDIRI' - TUN M

Tun berkata agak mustahil untuk kejohanan itu direalisasikan sekiranya tiada kesepakatan bersama dalam kalangan negara anggota ASEAN


Back To Sports Updates

BANGKOK: Penganjuran kejohanan bola sepak bertaraf dunia mungkin bakal direalisasikan selepas negara-negara anggota ASEAN bersetuju untuk membida penganjurannya pada tahun 2034.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agak mustahil untuk kejohanan itu direalisasikan sekiranya tiada kesepakatan bersama dalam kalangan negara anggota ASEAN.

“Ia hadir dari lima negara. Tidak mungkin jika satu negara (jadi tuan rumah) akan dapat peluang untuk menganjurkannya.

“Tapi jika ASEAN bersama, kita mungkin boleh menjadi tuan rumah bersama. Pastinya, kejohanan boleh dilangsungkan di negara-negara ASEAN seperti apa yang dilakukan oleh Jepun dan Korea Selatan sebelum ini,” katanya pada sidang media bersama media Malaysia pasca Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 di sini, pada Ahad.

Pada sebelah petang Ahad, Pengerusi ASEAN 2019 yang juga Perdana Menteri Thailand, Jen. Prayuth Chan-o-cha mengumumkan bahawa para pemimpin ASEAN telah menyatakan sokongan supaya bidaan dilakukan dalam merealisasikan ASEAN sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034.

“Saya ingin memaklumkan kepada rakyat ASEAN yang hari ini, para pemimpin menyokong hasrat untuk membangunkan satu usaha bersama untuk menjadi ASEAN sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 2034.

“Dalam hal ini, saya ingin menjemput semua rakyat ASEAN untuk bersama-sama menyokong Persatuan Bola Sepak Negara-Negara Anggota ASEAN dengan tujuan untuk merealisasikan impian ini bersama-sama,” katanya.

Perkara itu diusulkan kepada 10 pemimpin negara anggota ASEAN itu pada sesi pemukikan sidang kemuncak tersebut yang berlangsung pagi tadi.

Sebelum ini, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sewaktu menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA, berkata badan induk dari tiga negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam sudah menyatakan hasrat bersepakat membida menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun berkenaan.

Baginda yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut merasakan ia bukan satu masalah jika Malaysia menyokong hasrat menjadi tuan rumah bersama kejohanan bola sepak terbesar itu.

Sumber: AWANI