WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

FERNANDO TORRES BERSARA

Fernando Torres, mengumumkan persaraannya daripada pentas bola sepak hari ini


Back To Sports Updates

MADRID: Bekas penyerang Atletico Madrid, Liverpool dan Chelsea serta pemenang Piala Dunia bersama Sepanyol, Fernando Torres, mengumumkan persaraannya daripada pentas bola sepak hari ini.

"Saya ada perkara penting untuk diumumkan. Selepas 18 tahun, waktunya sudah tiba untuk saya menamatkan karier bola sepak," kata Torres menerusi Twitter miliknya.

Torres ketika ini sedang beraksi buat Sagan Tosu dalam Liga Jepun.

"Ahad ini pada jam 10 pagi waktu Jepun, saya akan mengadakan sidang media di Tokyo untuk menjelaskan semuanya. Jumpa anda di sana," katanya.

Torres meninggalkan Atletico pada musim panas lalu untuk berhijrah ke Jepun selepas pulang ke kelab zaman remajanya pada 2015.

Dia membuat 334 penampilan buat Atletico dengan menjaringkan 111 gol. Torres turut beraksi 142 penampilan untuk Liverpool dan menghasilkan 81 jaringan.

Bagi Chelsea pula, dia menghimpun 45 gol dalam 172 penampilan. Malah, Torres juga adalah watak penting ketika Sepanyol menjulang Piala Dunia 2010.

Sumber: Berita Harian