WHAT'S NEXT

SUNDAY CRUISE

12.00pm - 02.00pm

SANCHEZ BAWA CHILE KE SUKU AKHIR

Alexis Sanchez melupakan musim hambar kelab bersama Manchester United dengan membawa Chile ke suku akhir Copa Amerika


Back To Sports Updates

SALVADOR, Brazil: Alexis Sanchez melupakan musim hambar kelab bersama Manchester United dengan membawa Chile ke suku akhir Copa Amerika selepas meledak gol penting dalam kemenangan 2-1 ke atas Ecuador sebentar tadi.

Jose Fuenzalida meletakkan Chile di depan pada minit kelapan tetapi Enner Valencia menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Sanchez menjaringkan gol kemenangan namun Chile terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Gabriel Achilier dilayangkan kad merah seminit sebelum tamat permainan.

Sanchez, 30, hanya memulakan sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lalu, meledak satu gol sepanjang musim yang dibelenggu kecederaan.

Tetapi bersama negaranya dia menemui sasaran dalam dua perlawanan berturut-turut di Salvador untuk Chile menyertai Colombia sebagai pasukan yang layak ke suku akhir hanya selepas dua perlawanan.

Chile mendahului Kumpulan C dengan enam mata penuh menjelang pertemuan dengan Uruguay di Stadium Maracana, Rio Isnin ini

Ecuador berdepan penyingkiran selepas kalah dua kali berturut-turut, dan perlu menewaskan Jepun di Belo Horizonte Isnin ini bagi membuka semula peluang untuk mara ke peringkat kalah mati.

Sumber: Berita Harian